You are here: Home / Wakil Rakyat / YB Zairil Khir Johari

YB Zairil Khir Johari

Currently Elected Representative

Biography

Potfolio Politik

  • Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan.
  • Naib Pengerusi, DAP Pulau Pinang.
  • Pengerusi Interim, DAP Kedah.

Pengalaman Kerja

  • Pengarah Eksekutif, Penang Institute, 2014 – Sekarang.
  • Ketua Pegawai Eksekutif, Penang Institute, 2012-2014.
  • Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang, 2011-2012.
  • CEO (Chocolate Eating Officer), RND Chocolate Labs Sdn. Bhd., 2007-2010.

Kelayakan Profesional

  • Master of Arts, International Studies and Diplomacy, School of Oriental and African Studies, University of London.
  • Bachelor of Information Technology (Hons) Information Systems Engineering, Multimedia University.

MyMP Survey

Pelan

  • Membawa hasrat dan aspirasi rakyat kawasan ke persada kebangsaan melalui Parlimen dan media massa, khususnya dalam isu pendidikan, ekonomi, hak asasi dan demokrasi.
  • Dari segi infrastruktur kawasan, saya ingin meningkatkan taraf prasarana lalulintas, serta menjaga keselamatan dan kebersihan kawasan-kawasan pelancongan seperti Batu Ferringhi, Kebun Bunga, Bukit Bendera dan Persiaran Gurney.
  • Kesedaran alam sekitar dan pemahaman mengenai pembangunan lestari (sustainable development) juga harus dipupuk di kalangan rakyat dan kerajaan tempatan.

Peranan Wakil Rakyat

  • Reformasi yang menyeluruh adalah diperlukan dalam sistem Parlimen Malaysia. Antaranya, sistem jawatankuasa perlu diperkenalkan bagi isu-isu penting seperti pendidikan, kewangan, keselamatan, alam sekitar dan lain-lain lagi. Matlamat sistem jawatankuasa adalah untuk memastikan perbahasan dan perbincangan boleh dilakukan secara lebih mendalam bagi isu-isu tersebut, serta untuk memudahcarakan pengkhususan Ahli-ahli Parlimen dalam bidang tertentu.
  • Masa persidangan juga adalah terlalu singkat sehinggakan rang undang-undang yang penting seperti Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) hanya diperbahaskan selama sehari setengah. Sepatutnya rang undang-undang yang begitu kritikal  arus diberi ruang perbahasan yang mencukupi.
  • Kerajaan juga seharusnya memberi sokongan yang lebih kepada Ahli Parlimen dari segi peruntukan pejabat, pembantu kajian (research officer) serta staf lain untuk membantu dalam tugas rasmi dan harian seorang wakil rakyat.

Cadangan Buku

“The Price of Inequality”oleh pemenang anugerah Nobel Joseph Stiglitz. Pemahaman mengenai cabaran-cabaran ekonomi dunia abad ke-21 adalah perlu bagi memastikan rakyat celik dan memahami bagaimana kuasa dimonopoli oleh segolongan elit, baik di peringkat antarabangsa ataupun di negara kita.

Sources:
Sinar Project Popit Database
MCCHR MyMP Survey

Filed under: ,

Mengenai MyMP

Malaysia dibahagikan kepada 222 kawasan pilihan raya parlimen; setiap pengundi di kawasan tersebut memilih satu Ahli Parlimen. Projek MyMP adalah satu laman web yang memberikan

pengenalan kepada Ahli-ahli Parlimen.

Tujuan projek MyMP adalah seperti berikut:

  • Supaya pengundi, terutamanya pengundi muda dapat mengenali Ahli-Ahli Parlimen mereka;
  • Mengeratkan hubungan di antara Ahli Parlimen dan pengundi dan
  • Mendidik pengundi, terutama pengundi belia mengenai sistem demokrasi berparlimen.

Maklumat lanjut