You are here: Home / Wakil Rakyat / YB Ong Kian Ming

YB Ong Kian Ming

Dr. Ong Kian Ming was elected as a first-time Member of the Malaysian Federal Parliament for P102 Serdang in the May 2013 General Election. He represents the Democratic Action Party (DAP) which is part of Pakatan Rakyat (PR) Opposition coalition.

Currently Elected Representative

Biography

Portfolio Politik

Strategis Pilihanraya, DAP

Pengalaman Pekerjaan

Pakar perunding, penganalisis politik dan dasar

Kelayakan Professional

  • Bachelor of Science in Economics.
  • Master in Philosophy in Economics.
  • PhD in Political Science.

MyMP Survey

Pelan

Ini ialah janji kempen saya (Pilihan Raya, Ekonomi dan Pendidikan):

MEMULIHKAN SISTEM PILIHAN RAYA

  • Mengemaskinikan senarai daftar pemilih
  • Memastikan SPR bebas dan bertanggungjawab
  • Memastikan penyempadanan kawasan pilihanraya adalah telus
  • Melaksanakan sistem pendaftaran pemilih automatik
  • Melaksanakan pilihan raya tempatan

MEMULIHKAN SISTEM EKONOMI KAMI

  • Memecahkan monopoli dan menambah persaingan
  • Memastikan pembangunan mampan dan bertanggungjawab
  • Memberi lebih banyak kuasa ekonomi kepada kerajaan negeri dan tempatan
  • Mengurangkan pergantungan terhadap buruh asing
  • Mengundurkan masalah keluaran pakar (brain drain) di Malaysia

MEMULIHKAN SISTEM PENDIDIKAN KAMI

  • Melatih guru dan pendidik profesional supaya mereka berkualiti tinggi
  • Mengagihkan kuasa pusat dalam system pendidikan
  • Menambahbaikan pendidikan vokasional dan teknikal
  • Menggiatkan universiti dan kolej
  • Memperkasakan para pelajar dan anak-anak muda

Saya akan menambah satu lagi iaitu ‘Persekitaran’:

MENGGALAKKAN DASAR PERSEKITARAN YANG MAMPAN

  • Menggalakkan 3R - Reduce, Reuse, Recycle (Pengurangan, Penggunaan Semula dan Pengitaraan Semula)
  • Menggalakkan amalan pembuangan sisa yang lebih baik
  • Melindungi punca air kita
  • Melindungi hutan dan persekitaran semula jadi
  • Meningkatkan akses kepada pengangkutan awam sebagai salah satu cara untuk mengurangkan gas rumah hijau dan pergantungan ke atas penggunaan kereta

Peranan Wakil Rakyat

  • Mempunyai kakitangan teras yang berkesan dan yang menjalankan pelbagai fungsi seperti penyelidikan parlimen, memberi perkhidmatan kawasan, publisiti dan perkhidmatan bantuan, dan pengumpulan dana.
  • Mempunyai kumpulan sukarelawan yang kuat yang terdiri daripada penduduk dan ahli-ahli parti yang boleh menjalankan kerja asas.
  • Mempunyai hubungan kerja yang kukuh dengan rakan-rakan Ahli Parlimen dari pakatan sendiri, supaya dapat bersama-sama menjuarakan isu-isu yang penting.
  • Menyebar maklumat mengenai aktiviti seseorang sebagai Ahli Parlimen pada waktu yang tepat dan secara telus.
  • Mempunyai pasangan yang bertimbang rasa.

Cadangan Buku

“To Kill a Mockingbird” oleh Harper Lee; supaya semua Ahli Parlimen boleh meletakkan dirinya dalam keadaan orang lain dan menghayati pengalaman orang lain…

Sources:
Sinar Project Popit Database
MCCHR MyMP Survey

Mengenai MyMP

Malaysia dibahagikan kepada 222 kawasan pilihan raya parlimen; setiap pengundi di kawasan tersebut memilih satu Ahli Parlimen. Projek MyMP adalah satu laman web yang memberikan

pengenalan kepada Ahli-ahli Parlimen.

Tujuan projek MyMP adalah seperti berikut:

  • Supaya pengundi, terutamanya pengundi muda dapat mengenali Ahli-Ahli Parlimen mereka;
  • Mengeratkan hubungan di antara Ahli Parlimen dan pengundi dan
  • Mendidik pengundi, terutama pengundi belia mengenai sistem demokrasi berparlimen.

Maklumat lanjut